Home

Jadi Tutor

Click untuk memuatturun borang pendaftaran sebagai tutor disini.

Welcome to the Frontpage

Soalan Lazim

Posted by Dicatat oleh yusri On 3:20 PTG

Soalan lazim

A. Bagaimana untuk memulakan?

Anda memberikan kami segala permintaan anda. Kami menganalisa permintaan anda dan berkomunikasi dengan tutor sebelum mengesyorkan anda dengan tutor berkenaan. Anda akan diberikan sesi pertama secara PERCUMA untuk menilai tahap kesesuaian anak anda dengan tutor tersebut


B. Bagaimana caranya untuk mendapatkan khidmat seorang tutor?

Sila isikan borang ‘Mencari Tutor’ secara on-line.


C. Adakah saya perlu membayar proses ‘matching’ tutor?

Tidak! Perkhidmatan matching tutor ini adalah PERCUMA untuk pelajar. Tiada bayaran dikenakan


D. Berapa yang harus saya bayar jika saya membuat keputusan untuk menggunakan khidmat tutor melalui
Ilmu Hijrah Training & Consultancy?

1) Lihat pakej yang ditawarkan dan muktamadkan keputusan anda

2) Hanya bayar Yuran Pendaftaran RM30/seorang (yuran seumur hidup) bagi

orang pertama dan hanya RM25/seorang bagi orang kedua dan seterusnya

3) Bayaran penuh (yuran pengajian dan yuran pengurusan) dibayar pada hujung

bulan terus kepada kami


E. Berapa lama saya boleh mendapatkan tutor dari
Ilmu Hijrah Training & Consultancy?

Selepas kami menerima permohonan anda dan menerima yuran pendaftaran pelajar dari anda, kami akan menyediakan anda tutor yang sesuai dalam tempoh 48 jam dan paling lewat adalah 7 hari.

F. Selepas beberapa sesi, bolehkah saya meminta penukaran tutor jika didapati tutor tersebut tidak sesuai atau tidak kompeten?

Ya. Tetapi anda perlu membayar yuran pengajian untuk pelajaran yang telah dijalankan. Kami akan menguruskan untuk penggantian tutor yang lain.


G. Bagaimana caranya saya membuat bayaran kepada
Ilmu Hijrah Training & Consultancy ?

Anda boleh membuat bayaran dengan mesin deposit CDM atau Perbankan Internet ‘fund transfer’. Pastikan anda menghubungi kami selepas membuat pembayaran untuk pengesahan. Sila lihat ‘Pembayaran Yuran’

H. Bilakah saya boleh mendapatkan resit dari Ilmu Hijrah Training & Consultancy?

Sila maklumkan kepada kami selepas anda membuat bayaran. Anda boleh menghantar SMS atau email kami. Kami akan mengeluarkan resit rasmi.

0 ulasan

Catat Ulasan

 

Latest News

Masukkan email anda kedalam ruangan yang disediakan untuk mendapat info dan berita terkini daripada kami.

Popular

Berita Bergambar